Soal jawab mengenai virus 2019-nCoV

Bolehkah haiwan peliharan di rumah menyebarkan 2019-nCoV?

Ketika ini tidak ada bukti bahawa haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing boleh dijangkiti 2019-nCoV. Namun, lebih baik untuk mencuci tangan dengan sabun dan air selepas bersentuhan dengan haiwan peliharaan.

Ini bagi melindungi anda daripada pelbagai bakteria biasa seperti E.coli dan Salmonella yang boleh merebak antara haiwan dan manusia.

2019-nCoV: Nasihat WHO kepada orang awam

Adakah 2019-nCoV hanya menjejaskan warga emas atau turut memberi kesan kepada golongan muda?

Semua golongan umur boleh dijangkiti 2019-nCoV dan perlu mengambil langkah melindungi diri mereka daripada dijangkiti.

Golongan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, diabetis dan sakit jantung akan mudah dijangkiti.


Adakah Antibiotik berkesan dalam mencegah dan merawat 2019-nCoV?

Tidak, antibiotik tidak berfungsi ke atas virus 2019-nCoV, hanya ke atas bakteria.

Antibiotik tidak boleh digunakan sebagai pencegahan atau rawatan. Namum jika anda dimasukkan ke hospital kerana 2019-nCoV, anda mungkin menerima antibiotik kerana ada kebarangkalian berlaku jankitan bakteria.


Adakah terdapat ubat-ubatan khusus untuk pencegahan atau rawatan?

Sehingga kini tiada ubat khusus disyorkan untuk mencegah atau merawat 2019-nCoV.

Namun mereka yang dijangkiti harus menerima penjagaan sesuai untuk melegakan dan mengubati dari penyakit tersebut manakala mereka yang mempunyai penyakit yang serius harus menerima penjagaan sokongan yang optimum.

Beberapa rawatan tertentu sedang disiasat dan akan diuji melalui ujian klinikal.
Comments


EmoticonEmoticon