Pengurangan Tol di semua Lebuh Raya Plus

Pengguna kenderaan persendirian akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18% di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd bermula seawal 1 Februari 2020.

Pengurangan Tol Lebuh Raya Plus

Tiada kenaikan kadar tol sehingga 2058.

Lebuh Raya Terlibat

  1. Lebuhraya Utara Selatan
  2. Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)
  3. Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
  4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  6. Lebuhraya Port Dickson (SPDH)
  7. Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
  8. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Contoh Kadar Pengurangan

Laluan Jalan Duta - Alor Setar
Kadar semasa (13.6sen/km): RM55.50
Kadar baharu (11.15sen/km): RM45.50

Laluan Jalan Duta - Skudai

Kadar semasa (13.6sen/km): RM47
Kadar baharu (11.15sen/km): RM38.50

Tempoh konsesi untuk semua lebuh raya PLUS akan dilanjutkan selama 20 tahun dari 2038 ke 2058.

Ini bagi memastikan PLUS mampu menjalankan kegiatan penyelenggaraan dan operasi lebuh raya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan.

Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang saham PLUS.

Kerajaan tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS dan bakal mendapat penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM42 billion.
Comments


EmoticonEmoticon