5GD untuk mengembangkan ekosistem 5G di Malaysia melalui 9 vertikal yang dikenal pasti:
- Pertanian
- Penjagaan kesihatan digital
- Pendidikan
- Hiburan / Media
- Bandar Pintar
- Pelancongan
- Pengangkutan Pintar
- Pengeluaran dan pemprosesan
- Minyak dan gas
Tujuan 5GDP
- Memudahkan kerjasama antara kementerian, rakan kongsi industri utama merentasi industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permula niaga untuk membangun serta mengembangkan kes-kes penggunaan 5G.
- Memudahkan, membina dan membangunkan kes-kes penggunaan 5G dalam persekitaran hidup yang terkawal dan dalam konteks yang lebih luas, mengembangkan ekosistem 5G di Malaysia.
- Mewujudkan kesedaran dan memacu permintaan untuk penggunaan teknologi 5G.
Rakan Industri
- Celcom Axiata Berhad
- Digi Telecommunications Sdn Bhd
- edotco Malaysia Sdn Bhd
- Maxis Broadband Sdn Bhd
- Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
- Telekom Malaysia Berhad
- U Mobile Sdn Bhd
- YTL Communications Sdn Bhd
Kementerian Terlibat
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Perumahan dan Kerjaan Tempatan
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Antara Projek 5G di Langkawi
Bandar Pintar
Pusat Kawalan 5G (5GCC). Pusat Pengawalan Operasi Bersepadu yang membolehkan pengawasan pada masa nyata untuk pemantauan berskala besar oleh pihak berkuasa tempatan.
Disokong oleh analitik, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan wawasan berasaskan data.
5GCC dilengkapi ciri keselamatan canggih dan bersepadu, berfungsi sebagai pusat pemantauan keselamatan menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan popular.
Antara Projek
- Lampu Isyarat Pintar Kuah
- Keselamatan dan Pengawasan Pintar
- Parkir Pintar
Penjagaan Kesihatan Digital
Pemindahan data perubatan pada masa nyata dari tempat terpencil atau kenderaan bergerak ke pusat kawalan perundingan jarak jauh.
Pelancongan
Pelancongan secara maya. Pemandangan 360 darjah tarikan pelancong melalui penstriman langsung video HD apabila penumpang tiba di Lapangan Terbang Langkawi.
Pendidikan
e-Kelas. Pembelajaran di kelas dengan penggunaan realiti maya untuk kumpulan fokus.
Pertanian
Pertanian Pintar. Menyediakan data pada masa nyata untuk memantau suhu, pH dan kepekatan baja.
Platform automasi yang didorong AI yang membolehkan pemodelan pertumbuhan ramalan dengan pemantauan dan kawalan global.